Manusia dan fikiran

1 10 2009

Manusia ni kadang-kadang bercelaru fikirannya. Sesetengah orang bila tak tahu mereka bertanya; Belajar mencari-cari ilmu. Ada juga sesetengah orang malas atau memang kurang mencari ilmu, tetapi ilmu yang tak mencukupi dalam diri dianggap melebihi dari orang yang berilmu. Mereka berkata mengikut perasaan dan bukan fikiran. Apa yang didepan mata, diendahkan. Apa yang mereka miliki, dibuang – itupun atas alasan dan harapan yang tidak masuk akal. Perbuatan yang lahir tak terkawal, malu tiada bahasa yang keluar turut menjadi mangsa. Jika fikiran waras, segala ilmu dan tindak-tanduk dicurahkan dengan bukti-bukti dan fakta yang telus dan jitu, agar dapat dikongsi seterusnya membawa kepada kebaikan bersama. Paling kurang, membawa kepada keputusan dan pemilihan jalan hidup dengan yakin.

 

Manusia dianugerahkan Tuhan otak yang sangat cantik fungsinya, tetapi manusia membiarkan otak membeku dipenuhi darah-darah kotor dan anasir-anasir hina sehingga kepala itu sendiri menjadi bingal, keras, bandel.

I believe that a simple and unassuming manner of life is best for everyone, best both for the body and the mind.

-Albert Einstein

But of course, this is coming from someone who is as forgetful and carefree, as he is a genius.

Your task is not to seek for love, but merely to seek and find all the barriers within yourself that you have built against it.

-Rumi

Manusia ni kadang-kadang bercelaru fikirannya. Lagi-lagi apabila fikirannya diselit-selit dengan falsafah, dogma luaran yang bercanggah antara satu sama lain. Oleh sebab itulah, fikiran mesti dipupuk bukan dengan manusia bertaraf fikiran yang sama, tetapi dengan guru – yang mempunyai ketinggian ilmu dan pengalaman melebihi kita.

Ko nak mintak pendapat orang, jangan mintak pendapat orang yang sebaya dengan ko. Nanti itulah taraf kualiti pendapat yang ko dapat, dapat tak?

Hensem

Apa point ako? Entah, makin banyak ako tulis, makin serabut dibuatnya. Iya lah, ako pon manusia. Kadang-kadang bercelaru jugak fikiran, tak gitu?


Tindakan

Information

2 responses

1 10 2009
frank

hensem tu gua ke?

7 10 2009
C-Fu

eleh tak malu nak jadi ako

Tinggalkan komen